Google
 

Saturday, April 12, 2008

Al-Fatihah: Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Kelantan Kembali Ke Rahmatullah



Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah Kelantan, Hashim Shafin telah kembali ke Rahmatullah kerana sakit jantung. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universti Sains Malaysia, Kubang Kerian Kelantan kelmarin.

Jenazah Allahyarham telah dibawa ke kediamanya di Tanah Merah, Kelantan dan akan dikebumikan di Tanah perkuburan Kampung Sat, Tanah Merah, Kelantan.

Allahyarham pernah menjadi Ahli Parlimen Tanah Merah. Pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik Menteri Besar Kelantan ketika jawatan itu disandang oleh Muhammad Yaacob. Allahyarham juga pernah memegang jawatan ketua pemuda Pergerakkan Pemuda UMNO kelantan. Pada pilihan raya yang lalu Hashim Shafin tewas di kerusi Dun Gual Ipoh, Tanah Merah Kelantan. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat hendaknya.

No comments: