Google
 

Sunday, April 13, 2008

Apabila BABI menjadi Isu BABI di Selangor!


Kecoh di Selangor berhubung isu projek berkenaan BABI, bantahan dibuat oleh rakyat Selangor berhubung isu projek BABI tersebut. Apa dah jadi ni? Kenapa BABI jadi isu? Adakah parti kerana parti yang memerintah selangor adalah BABI? Ish jangan salah faham Barisan Anwar Bin Ibrahim maksud penulis jadi ringkasnya BABI. Nanti jangan marah dulu, kenapa penulis menggunakan Barisan Anwar Bin Ibrahim? Jawapanya mudah dulu kan beliau pernah kata yang ABIM tu berasal daripada nama beliau Anwar Bin Ibrahim jadi sebab itulah penulis lebih suka menggunakan perkataan Barisan Anwar Bin Ibrahim.


Semua orang kecoh apabila isu ini menjadi 'berita' bagi media-media arus perdana malahan juga menjadi 'tajuk-tajuk' media-media alternatif di dalam internet. Memang isu BABI ini masyarakat Islam cukup sensitif.

Persoalanya mengapa BABI ini menjadi isu hangat sekarang? Jawapanya ialah berpunca daripada penceramah-penceramah pembangkang sendiri. Seperti sebelum pilihan raya dahulu ada satu penceramah berkata di dalam ceramah beliau "Malaysia ni nama je negara Islam tapi pengesport BABI terbesar Asia jadi kenapa BENDA HARAM ni ada penternakanya di Malaysia sekiranya kami dapat memerintah kami akan musnahkan semua ladang-ladang BABI ini" itulah antara sedutan kata-kata penceramah tersebut di dalam satu Ceramah yang dihadiri penulis. Jadi jelas sekali isu ini menjadi hangat kerana perbuatan mereka sendiri.

Ada satu lagi selepas kejadian tragedi rusuhan di Batu Buruk, Terengganu penulis mendapati ada beberapa sepanduk yang dipasang di kawasan kampung penulis yang berbunyi "BABI mu dok tembok, orang mu tembok" ini satu lagi membuktikan yang mereka mahu BABI ditembak dan ladang ternakan BABI dihapuskan. Itulah rentetan yang membawa kepada berlakunya bantahan rakyat Selangor di kawasan projek yang dimaksudkan.

BABI ADA DIJUAL DI PASAR DI KELANTAN?

Penulis juga sempat menyaksikan penjelasan seorang pemimpin Muslimah PAS di saluran TV internet milik PAS iaitu TVPAS yang menyatakan pasar-pasar di Kelantan ada menjual BABI. Baguslah tu kalau betul perkara tersebut tapi apa menghairankan penulis sepanjang tiga tahun penulis duduk di Kelantan tidak pernah lagi lah jumpa orang jual BABI kat dalam Pasar. Kalau betul-betul lah kalau beliau sekadar hendak 'menyelamatkan' diri maka dia telah berbohonglah untuk menyelamatkan diri.

Terserah kepada pembaca atau sesiapa sahaja untuk mempercayai atau tidak kata-kata pemimpin tersebut. Apa yang penulis tahu setakat ini memang tidak pernah jumpa lagi Pasar yang ada jual BABI di Kelantan, tapi tak tahulah mereka nak 'kambing hitamkan' Tuan Guru Nik Aziz pula.

No comments: