Google
 

Monday, April 7, 2008

Perang Kedua Media Alternatif VS Media Arus Perdana

" Pantang Melayu Berundur Sebelum Ajal"

Hari ini Media Arus perdana telah membuat serangan kepada Tun Dr. Mahathir dan YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Umum mengetahui Media Arus Perdana bersifatkan pro Abdullah jadi ini mewujudkan ketidak adilan bagi Tun Dr. Mahathir dan Juga YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Sehubungan dengan itu media-media alternatif yang telah terbukti keberkesananya di dalam Pilihan Raya Umum lepas diminta turut membantu YBM Tengku Razaleigh Hamzah untuk mendapatkan kepercayaan ahli-ahli UMNO seluruh negara untuk mengepalai UMNO dan sekaligus mengepalai kerajaan persekutuan.

Penulis merasakan media arus perdana telah memperlekehkan usaha-usaha yang dibuat oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah untuk menyelamatkan UMNO. Penulis menyeru kepada semua media-media alternatif yang berada di luar sana bersatu dan terus membuat kempen supaya jawatan Presiden UMNO diberikan kepada YBM Tengku Razaleigh Hamzah seorang negarawan terbilang dan juga merupakan seorang anak bangsawan berketurunan raja untuk mengembalikan kepercayaan institusi Istana kepada UMNO.

Wahai rakan-rakan saya dari media-media alternatif marilah bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah di dalam misi menyelamatkan UMNO. Sekiranya YBM Tengku Razaleigh Hamzah berjaya ‘ditabalkan’ sebagai Presiden UMNO sekaligus kita akan ‘meraikan kemenangan’ kedua kita. Rakan-rakan blogger seluruh negara bantuan anda amat kami perlukan dan kami bukanya ’spesies’ yang menggatakan blogger itu beruk dan kami juga anti kepada ’spesies’ itu yang kami boleh labelkan sebagai ‘Beruk Hitam’.

Marilah bersama-sama memastikan kemenangan kedua kepada media-media alternatif yang sebelum ini dihina oleh Kutu Jamban. Bersatulah menentang pakatan 3B ataupun Tiga Beranak. Pedulikan apa yang dikata oleh menteri-menteri BPPA (Barisan Pembela Pembodek Abdullah). Matlamat kita ialah menabalkan ‘Ku Li’ sebagai Presiden baru umno. Ingatlah “Pantang Melayu berundur sebelum ajal”

No comments: