Google
 

Wednesday, April 9, 2008

Karpal Singh Tolong Jangan Campuri Urusan Rumah Tangga Kami

Penulis merasa terpanggil untuk menjawab Karpal Singh yang mula mencampuri "urusan rumah tangga" UMNO. Urusan rumah tangga UMNO biarkan UMNO selesaikanya sendiri tak payah Karpal Singh nak menyibukkan diri. Karpal Singh dengan terang telah mengkritik Tun Dr. Mahathir dengan ini bermakna seolah-seolah Karpal Singh pun nak jadi pembela DS Abdullah Ahmad Badawi.

Penulis ingin menasihatkan kepada Karpal Singh supaya daripada menjaga rumah orang lain adalah lebih baik menjaga rumah sendiri. Karpal Singh sepatutnya menguruskan hala-hal berkaitan pakatan rakyat ataupun DAP itu sendiri. Jangan jadi batu api dan mencampuri urusan UMNO.

Karpal Singh juga dinasihatkan supaya menumpukan usaha-usaha untuk memperbaiki kedudukan pakatan rakyat yang dilaporkan 'sudah goyah' itu walaupun penulis tidak lah tahu setakat mana pakatan itu goyah, tetapi adalah lebih baik Karpal Singh menjaga rumahnya daripada menjaga rumah orang. Nanti asyik menjaga rumah orang kan rumah sendiri dilanda taufan.

No comments: