Google
 

Friday, April 18, 2008

Adakah Anda Yakin Pak Lah Akan Meletak Jawatan dan menyerahkanya kepada DS Najib Tun Razak?



Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO dan juga bapa mertua kepada Khairy Jamaluddin telah 'menamakan' Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan pengganti beliau. Baguslah tu, tetapi perlu diingat bahawa tidak semestinya perkara itu akan berlaku. Kerana apa penulis beranggapan begitu? Jawapannya ialah sekiranya tindakan YDP Flip-Flop DS Abdullah Ahmad Badawi membuat tindakan 'menamakan' DS Najib Tun Razak itu ialah sekadar "menanam tebu di pinggir bibir" untuk menyelamatkan kedudukanya pada Disember ini.

Perkara ini mungkin terjadi kerana sekiranya beliau berbuat demikian dengan harapan penyokong DS Najib Tun Razak menjadi 'bisu' daripada mendesak Pak Lah meletak jawatan kerana mereka (penyokong DS Najib) akan rasa dan sangka yang kedudukan DS Najib untuk menjadi Presiden UMNO berada di dalam keadaan Mood selamat atau "Safe Mode". Dengan ini pada Perhimpunan Agung UMNO 2008 (PAU2008) beliau akan mendapat sokongan yang jitu daripada Ketua-ketua Bahagian Seluruh Negara dan secara automatisnya selepas PAU2008 berkemungkinan besar DS Abdullah menukar keputusanya sebagaimana pengumuman pembubaran Parlimen yang dibuat olehnya baru-baru ini.

Kalau ini benar-benar terjadi maka tentulah harapan penyokong DS Najib untuk menjadikan beliau sebagai Presiden UMNO akan menjadi 'sekadar di pinggiran'. Kita perlu ingat 'orang yang belajar di oxford tentu ada 'taktik licik' yang dipelajarinya daripada penjajah British dahulu. DS Najib mungkin bukan sahaja tidak 'mampu' menjadi Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri malahan jawatan yang dipegang sekarang pun mungkin akan 'dilucutkan'.

Jadi sebagai alternatif terbaik ialah dengan Ketua-Ketua UMNO Bahagian seluruh negara memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada YBM Tengku Razaleigh Hamzah memandangkan dijangka DS Najib tidak akan bertanding jawatan Presiden Disember ini kerana 'menghormati' Presiden yang telah berjanji memberikan 'bulan dan bintang' kepada beliau. Pendekatan 'Play Safe' yang DS Najib gunakan merupakan satu 'bukti' yang beliau tidak akan bertanding jawatan Presiden.

No comments: