Google
 
Saturday, April 12, 2008

Apa Kata Mereka Tentang YBM Tengku Razaleigh Hamzah

Abang ni sokong sangatlah kalau YBM Tengku Razaleigh Hamzah menjadi presiden UMNO dengan perdana menteri sebab kerana Pak Lah tak pasal-pasal orang kampung abang ni dicop derhaka sultan, walhal bukan kerana orang kampung abang tu tapi tentulah kerana Pak Lah jadi abang rasa memang baguslah kalau YBM Tengku Razaleigh Hamzah jadi Presiden dan Perdana Menteri ni.
[Wan Khalid, Peniaga Kedai Runcit, Kg. Air Tawar Besut, Terengganu]

Baru-baru ini penulis ada membuat beberapa temuramah secara rawak di Kota Bharu, Kelantan dan juga Besut, Terengganu. Tujuan penulis mengadakan temuramah tersebut adalah untuk bertanyakan pendapat mereka mengenai YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Penulis akan menyiarkan dua versi temubual dalam satu artikel ini. Versi pertama menggunakan Bahasa Asal dan Versi Kedua menggunakan bahasa terjemahan daripada bahasa asal.

Temubual di Kota Bharu Kelantan:

Temubual 1:

Bahasa Asal:
"Pok Cik setuju sangat kalu Ku Li jadi PM dan presiden UMNO dia tu baik sangat, dia jugok oghe tahu ekonomi dok rugi kalu oghe UMNO pilih dia jadi PM dan Presiden"
[Mohd Noor, Peniaga Kota Bharu, Kelantan]

Terjemahan:
"Pak Cik setuju sangat kalau YBM Tengku Razaleigh Hamzah jadi PM dan Presiden UMNO dia memang orang baik hati, dia juga mempunyai kepandaian di dalam ekonomi jadi tak rugi kalau orang UMNO pilih dia sebagai PM dan Presiden.
[Mohd Noor, Peniaga, Kota Bharu, Kelantan]

Temubual 2:
Bahasa Asal:
"Abe ni ke nok tengok sangat Ku Li jadi presiden UMNO, sebab abe rasa dia meme layok lah sebab lo nih kei hubungan UMNO nga istano dok berapo molek, jadi abe raso molek benar lah Ku Li jadi Presiden ngan perdano meteri ni buleh jugok beki hubunge nga istano"
[Abe Loh, pemilik kedai makan, Kota Bharu, Kelantan]

Terjemahan:

Abang ni nak tengok sangat YBM Tengku Razaleigh Hamzah jadi Presiden UMNO, sebab abang rasa dia memang layak sebab sekarang ini hubungan UMNO dengan istana terjejas, jadi abang rasa baguslah sekiranya YBM Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Presiden dan Perdana Menteri ni boleh juga memperbaiki hubungan UMNO dengan Istana.
[Abe Loh, pemilik kedai makan, Kota Bharu, Kelantan]

Temubual di Besut, Terengganu

Temubual 1:

Bahasa Asal:
"Mok Cik Raso meme Ku Li ni layok lah jadi presiden ngan pedano meteri tuh, sebabya dia tu berketurunan rajo jadi bulehlah dia beki hubungan nga istano lagipun dia tu ada ilmu ekonomi buleh jugok beki ekonomi kito lonih"
[Minah, Peniaga Pasar Malam, Besut, Terengganu]

Bahasa Terjemahan:
"Mak Cik Rasa memang YBM Tengku Razaleigh Hamzah ni layak jadi Presiden dengan perdana menteri tu, sebabnya dia berketurunan raja jadi bolehlah dia baiki hubungan dengan istana lagipun dia tu ada ilmu ekonomi boleh juga baiki keadaan ekonomi kita
[Minah, Peniaga Pasar Malam, Besut, Terengganu]

Temubual 2:
Bahasa Asal:
"Abe ni sokong sangatlah kalu ku li jadi presiden umno nga pedano meteri sebab kes pok loh dok pasal-pasal oghe kampung abe dicop derhako sulte, padahal buke kes dio tapi kes pok loh, jadi abe raso meme molek benarlah kalu Ku Li jadi Presiden nga Pedano Menteri ni"

No comments: