Google
 

Thursday, April 10, 2008

Mampukah YBM Tengku Razaleigh Hamzah Menangi Jawatan Presiden UMNO?

Pada masa ini penulis yakin ramai yang tertanya-tanya adakah YBM Tengku Razaleigh Hamzah mampu menjadi Presiden UMNO sekaligus mengetepikan Presiden UMNO sekarang iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Penulis percaya 'perbualan mengenai siapa yang bakal terajui UMNO' sudah tentu menjadiKetua Bahagian UMNO yang mengambil langkah dengan menjadi 'silent person' bagi mengelakkan tindakan-tindakan yang mungkin timbul daripada pucuk pimpinan sekiranya mereka terlalu lantang bersuara. Pendekatan 'silent person' ini juga kadang-kadang boleh mengugat pucuk pimpinan sekarang seperti kata pepatah Melayu yang berbunyi "Diam Diam Ubi Berisi".

Kepada penyokong setia DS Abdullah Haji Ahmad Badawi tidak perlu bimbang kerana ini hanyalah sekadar ramalan penulis dan bukanya apa yang didengar penulis daripada mulut Ketua Bahagian itu sendiri. Penulis membuat ramalan ini sekadar ingin memanaskan lagi kerusi empuk yang menjadi milik DS Abdullah pada masa kini.

Cuma apa yang penulis ingin ingatkan di sini, di dalam politik ini tidak ada perkara yang mustahil boleh terjadi. Ingat juga manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan kejayaanya. Jika ditakdirkan DS Abdullah terpaksa meninggalkan 'kerusi empuk' Presiden UMNO adalah diharap penyokong-penyokong setia DS Abdulllah bersabar kerana sebagai seorang Islam kita percaya kepada Qada dan Qadar yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Penyokong-penyokong setia DS Abdullah usah bimbang kerana YBM Tengku Razaleigh bukanlah pendedam orangnya, kecuali mereka yang mempunyai kesalahan-kesalahan melibatkan rasuah YBM Tengku Razaleigh tidak akan berkompromi. YBM merupakan seorang tegas dan tinggi intergritinya.

Penulis mencadangkan kepada semua Ketua Bahagian UMNO di Malaysia menyokong usaha YBM untuk merawat UMNO, dengan perlantikan YBM sebagai Presiden UMNO yang baru secara tidak langsung satu proses yang penulis namakan "Proses Penghijrahan Minda dan Sikap" ahli-ahli UMNO dapat disempurnakan. UMNO pada masa ini sememangnya perlu diselamatkan bagi memastikan ianya terus gah sehingga bila-bila bak kata orang "Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas".

Penulis mendoakan agar YBM Tengku Razaleigh Hamzah berjaya memenangi jawatan Presiden UMNO bagi menyelamatkan UMNO. Kepada penyokong-penyokong YBM yang masih berada di luar sana marilah sama-sama membantu kempen YBM agar beliau dinobatkan sebagai Presiden UMNO yang baru. Bersama-samalah kita berusaha sehingga tercapai kejayaanya.

No comments: