Google
 

Saturday, April 12, 2008

Panas!!! Dr. Khir Toyo Mendapat Petunjuk Di Mekah!!!


Sebelum ini mantan Menteri Besar Selangor Dr. Mohd Khir Toyo telah mengumumkan beliau akan menunaikan umrah di Mekah, pengumuman itu juga dibuat di blog milik beliau iaitu Cetusan Dr. Khir.

Pada masa ini Dr. Khir masih berada di Tanah Suci Mekah, di dalam kesibukkan beliau membuat ibadah umrah di tanah suci Mekah, beliau sempat juga membuat 'posting' blog baru di blog milik beliau itu.

Artikel terbaru Dr. Mohd Khir bertajuk "Perubahan Kepimpinan Perlu diikuti di dalam kerajaan dan parti" . Di dalam artikel ini jelas sekali Dr. Khir Toyo pun mahukan Abdullah berundur berdasarkan satu petikan artikel beliau di blog tersebut yang berbunyi "Bagi pemimpin UMNO seperti saya dan rakan-rakan ketua bahagian yang telah dilatih untuk menghormati pemimpin, untuk meminta Pak Lah meletak jawatan secara terbuka adalah perbuatan terakhir yang terpaksa kami lakukan. Selalunya kami tunjukkan secara kiasan atau tidak langsung dengan harapan hasrat itu difahami"

Daripada petikan di atas Dr. Khir Toyo sudah nampak mula berani untuk menyampai hasratnya untuk meminta Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi meletakkan jawatan. Bagi memberi kemudahan untuk pembaca blog ini mengetahui isi yang lebih mendalam mengenai artikel terbaru Dr Khir Toyo ini, penulis akan memberikan link kepada artikel tersebut yang akan ditulis di bawah artikel ini, harap maklum! Penulis berharap agar Pak Lah dapat menerima hasrat Dr. Khir Toyo ini secara terbuka dan terimalah seadanya.


Link Ke Artikel Blog Dr. Khir Toyo:
http://drkhir.blogspot.com/2008/04/perubahan-kempimpinan-perlu-diikuti.html

No comments: