Google
 

Thursday, April 10, 2008

Mencari 'Kuasa' yang hilang

Pada pandangan penulis kegagalan menawan Kelantan lebih merupakan faktor Khairy Jamaluddin bukanlah faktor YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Perkara ini jelas sekali apabila 10 daripada 10 orang yang ditemuramah oleh penulis rata-rata melahirkan rasa kurang senang dengan Khairy Jamaluddin. Mereka berkata kami tidak suka cara Khairy Jamaluddin bercakap dan juga tidak suka Khairy Jamaluddin yang kelihatan “Agah” iaitu sombong dan angkuh. Jadi daripada maklumat dikumpulkan oleh penulis jelas sekali rakyat Kelantan menolak Khairy Jamaluddin.

Pilihan Raya Umum yang ke 12 telah pun melabuhkan tirainya. Pada PRU yang berlaku baru-baru ini telah meyaksikan satu ‘kejutan’ yang boleh mengakibatkan orang yang mempunyai sakit jantung terus mati. Pada PRU 12 yang lalu Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO telah mengalami kekalahan paling teruk apabila empat negeri atau empayar yang dikuasainya sebelum ini iaitu Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Di samping itu, misi mereka untuk menawan Kelantan dengan menggunakan slogan Pade Doh dan diketuai oleh seorang yang mengaku Panglima Perang Khairy Jamaluddin. DS Annuar Musa sebagai Penolong Panglima Perang. Manakala Dr. Awang Adek Husin dinobatkan sebagai calon Memanda Menteri Besar Kelantan yang baru. Nampaknya di sini misi nak menawan satu negeri bertukar menjadi tragedi apabila hanya kerana nak satu negeri 4 negeri hilang kuasa.

Pada pandangan penulis kegagalan menawan Kelantan lebih merupakan faktor Khairy Jamaluddin bukanlah faktor YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Perkara ini jelas sekali apabila 10 daripada 10 orang yang ditemuramah oleh penulis rata-rata melahirkan rasa kurang senang dengan Khairy Jamaluddin. Mereka berkata kami tidak suka cara Khairy Jamaluddin bercakap dan juga tidak suka Khairy Jamaluddin yang kelihatan “Agah” iaitu sombong dan angkuh. Jadi daripada maklumat dikumpulkan oleh penulis jelas sekali rakyat Kelantan menolak Khairy Jamaluddin.

Kita tinggalkan isu kegagalan BN menawan Kelantan, kita lihat pula pada PRU12 baru-baru ini, tsunami yang menimpa arena politik tanah air telah menyebabkan kekuasaan BN di peringkat Malaysia atau Kerajaan Persekutuan, apabila BN hanya menangi PRU12 dengan majoriti mudah. Ini jelas dan terang kekuasaan BN sudah tidak kuat lagi. Namun, Pak Lah menyatakan 140 kerusi sudah cukup kuat cuma tinggal 8 sahaja lagi untuk cukup 2/3.

Keterangan Pak Lah ni pelik jugalah memandangkan kalau dari segi Pilihan Raya beza satu undi pun dikira kalah. Jadi tiada bezanya ialah kalau kita cakap hanya nak 8 kerusi aja lagi untuk mendapat majoriti 2/3. Rasionalnya, BN tetap mendapat majoriti mudah dan bukanya Majoriti 2/3. Adakah dengan Majoriti Mudah kerajaan yang ada pada hari ini cukup kuat? Jawapanya tidak kerana bila-bila masa orang boleh mengugat kedudukan BN sebagai parti pemerintahan, pelbagai usaha akan dilakukan untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada sekarang ini.

Jadi untuk membolehkan BN menjadi parti pemerintah yang kuat kita memerlukan seorang pemimpin yang hebat, berintegriti, tegas, adil, amanah. Penulis melihat calon yang sesuai untuk mengantikan kepimpinan UMNO yang ada sekarang ialah YBM Tengku Razaleigh Hamzah kerana beliau menepati ciri-ciri yang dinyatakan.

Kesimpulanya, majoriti mudah bukanlah satu sokongan yang kuat, tetapi majoriti 2/3 adalah satu sokongan yang kuat. Usah kita mengira berapa lagi kerusi untuk cukupkan 2/3 kerana ternyata kita tidak cukup untuk 2/3 jadi fikir-fikirkanlah.

No comments: