Google
 

Thursday, April 10, 2008

Khairy Jamaluddin Tidak Layak Terajui Pemuda UMNO

Kesimpulan yang boleh dibuat di sini, KJ perlu ditolak oleh semua Ketua Bahagian UMNO seluruh negara bagi menyelamatkan UMNO dari terus berkubur. Dengarlah nasihat ini wahai Ketua Bahagian dan ahli-ahli UMNO seluruh negara, penulis tidak bercakap kerana benci pada UMNO tetapi penulis bercakap kerana sayang kepada UMNO, jadi fikir-fikirnlah jalan terbaik dan calon terbaik yang sesuai menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Nampaknya semakin banyak ahli UMNO yang menyokong Khairy Jamaluddin. Oleh itu, penulis merasa bertanggungjawab untuk memberi penerangan kepada Ketua-ketua Bahagian UMNO seluruh negara supaya jangan silap pilih pemimpin sayap kanan UMNO itu kerana beliau sememangnya tidak layak untuk menerajui pucuk pimpinan Pemuda UMNO.

Antara sebab-sebab yang menyebabkan penulis berkata yang Khairy Jamaluddin tidak layak mengepalai Ketua Pemuda UMNO ialah pada Pilihan Raya Umum baru-baru ini kita hilang 5 empayar kita adalah disebabkan oleh faktor Khairy Jamaluddin itu sendiri. Jadi adakah kita masih mahu meneruskan menyokong beliau yang terbukti tidak diterima oleh rakyat.

Khairy Jamaluddin yang mempunyai kelulusan Oxford ini juga tidak mempunyai
"Roh Melayu" di mana apabila seorang Melayu bercakap ada batas-batasnya dan perlu menjaga budi bahasa, tetapi sudah terang lagi bersuluh KJ tidak berbudi bahasa apabila beliau melabelkan blogger sebagai beruk dan secara tidak langsung menyusahkan gerilawan-gerilawan siber UMNO untuk berbahas di dunia blog. Adakah pemimpin jenis ini yang kita mahu? Tepuk dada tanya selera.

KJ juga tidak mempunyai roh Islam di dalam dirinya, mungkin kerana dia adalah pelajar di barat maka berkemungkinan besar beliau telah tergugat sedikit akhlak dan moralnya, kerana umum mengetahui yang di Barat kita bebas melakukan apa sahaja termasuk apa yang berlaku ke atas pelajar genius Malaysia iaitu Sofiah Salleh yang juga belajar di universiti yang sama. Kepada Ketua Bahagian seluruh negara jadi fikir-fikirkanlah adakah sesuai KJ yang telah menjadi faktor BN ditolak oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum yang lalu.

Selain daripada itu KJ juga tidak mempunyai ciri-ciri pemimpin yang baik dan juga tidak mempunyai semangat perjuangan sebenar yang menjadi tiang utama Perjuangan UMNO sebelum ini, Tiang yang dimaksudkan ialah tiang Alif, Ba, Ta. Alif mewakili agama Islam jadi untuk menjadi pemimpin Pemuda UMNO dia perlu tahu lebih mendalam tentang Islam. Ba mewakili Bangsa Melayu, sebagai bangsa Melayu KJ perlu menunjukkan sikap dan budi bahasa yang baik agar dia mampu mendorong bangsa lain untuk menghormati perjuangan UMNO.

Ta mewakili Tanah Air Tercinta. Sebagai Rakyat Malaysia dan juga Ahli UMNO mereka perlulah setia kepada negara, berkhidmat untuk negara bukanya berkhidmat untuk menambahkan harta yang bertimbun, kawan yang berduyun-duyun untuk hidup berfoya-foya.

Kesimpulan yang boleh dibuat di sini, KJ perlu ditolak oleh semua Ketua Bahagian UMNO seluruh negara bagi menyelamatkan UMNO dari terus berkubur. Dengarlah nasihat ini wahai Ketua Bahagian dan ahli-ahli UMNO seluruh negara, penulis tidak bercakap kerana benci pada UMNO tetapi penulis bercakap kerana sayang kepada UMNO, jadi fikir-fikirnlah jalan terbaik dan calon terbaik yang sesuai menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

KJ = Khairy Jamaluddin

No comments: