Google
 

Thursday, April 17, 2008

Ahli PAS sertai forum Siapa Perlukan Negara Islam!

Ahli Parlimen PAS merupakan salah satu ahli panel di dalam Forum Siapa Perlukan Negara Islam yang akan diadakan di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Selain daripada beliau dua orang lagi yang mengangotai Ahli Panel forum tersebut merupakan ahli panel import iaitu Dr. Abdel Wahab El-Effendy, University of Westminster London dan juga merupakan penulis buku "Who Needs Islamic States" yang bermaksud "siapa perlukan Negara Islam" dan juga Malik Imtiaz Hawar Presiden National Human Right Society
(HAKAM).

Pada pandangan penulis forum ini juga wajar diragui memandangkan forum ini membincangkan tentang negara Islam dan dihadiri pula oleh Ahli Parlimen PAS sedangkan sudah menjadi ideologi PAS sebagai sebuah Parti yang berlandaskan Islam. Penulis juga ada menerima SMS daripada penyokong PAS yang mengatakan "Ada cubaan Geng Profesional di dalam PAS untuk memesongkan hala tuju perjuangan PAS yang sebenar" itulah kata-kata yang penulis dapat daripada SMS tersebut yang peliknya SMS itu datang daripada seorang kawan penulis yang juga seorang penyokong PAS tulen iaitu PAS Geng Ulamak.

Penulis menyarankan agar pihak PAS cuba menyelidiki masalah ini agar ia tidak menjadi "duri dalam daging, Api dalam sekam di dalam PAS. Selamatkanlah Perjuangan PAS yang sebenar.

No comments: