Google
 

Monday, April 7, 2008

Siapa sebenar yang perlu 'Cermin Diri'?

Semalam Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi yang Juga Presiden UMNO dengan angkuhnya berkata “Ku Li kena Cermin Diri”. Bagi penulis tiada salahnya YBM Tengku Razaleigh Hamzah menyuarakan pendapatnya memandangkan beliau merupakan ahli UMNO dan beliau mempunyai hak untuk bersuara.

Sebagai seorang Ahli Politik yang berpengalaman dan sudah arif dengan ‘hiruk pikuk’ dunia politik, penulis berpendapat tindakan Pak Lah seakan-akan memperkecilkan YBM Ku Li seorang yang penuh jasa di dalam arena Politik Tanah Air. Mengapa Perlu Pak Lah mengatakan YBM Ku Li perlu cermin diri? Pada penulis pandangan dan kritikan yang dilemparkan kepada Presiden UMNO sekarang ada asasnya. Secara jujurnya penulis bersetuju dengan pandangan YBM Ku Li ini.

“Saya pantang dicabar” itulah kata-kata DS Abdullah Haji Ahmad Badawi semasa Perhimpunan Agung UMNO yang lepas akhirnya membawa kepada kemarahan rakyat kerana ungkapan yang diberikan oleh DS Abdullah Haji Ahmad Badawi seperti bermaksud ingin mencabar rakyat. Ungkapan tersebut telah membawa kepada kejatuhan 4 empayar BN yang tersohor iaitu Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang serta gagal menawan Kelantan.

Rakyat melihat pada hari ini kepimpinan DS Abdullah atau Pak Lah ini penuh dengan kronisme, rasuah, dan bermacam-macam masalah. Jadi sudah terang lagi bersuluh rakyat tidak mahu kepimpinan DS Abdullah Haji Ahmad Badawi apabila tindakan beberapa ahli UMNO yang kononya pada beliau telah ’sabotaj’ semasa Pilihan Raya Umum baru-baru ini. Jadi mengapa Pula Pak Lah mengarahkan YBM Ku Li untuk ‘mencermin diri’ susah betul lah kalau ‘orang tak dengar kata’ ni jadi Presiden UMNO orang kritik dia kutuk orang kritik ni. Kalau macam ni penulis pasti UMNO akan hancur pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Semoga Ahli UMNO seluruh negara membuat tindakan yang bijak. Pada penulis YBM Tengku Razaleigh Hamzah merupakan pilihan yang terbaik untuk mengantikan Presiden UMNO ‘flip-flop’ yang ada sekarang. Ayuh bangkitlah ahli-ahli UMNO seluruh negara untuk memberi sokongan kepada YBM Tengku Razaleigh Hamzah.

No comments: