Google
 

Sunday, April 27, 2008

BN Tidak Boleh Pandang Ringan Terhadap Ugutan Anwar Ibrahim

Sejak kebelakangan ini isu Ahli Parlimen BN dari Sabah begitu kuat diperkatakan terutamanya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (Anwari) yang mendakwa 30 orang sudah menyatakan persetujuanya untuk menyertai Pakatan Rakyat. Pada pandangan penulis Barisan Nasional selaku parti pemerintah ketika ini tidak boleh memandang ringan dengan isu ini. "Ungkapan bermimpi di siang hari" tidak harus digunakan bagi memperlekehkan ugutan Anwari itu. Bukan bermaksud penulis tidak yakin dengan kesetiaan ahli-ahli Parlimen BN daripada Sabah itu, tetapi maksud penulis ialah Kerajaan Barisan Nasional perlu membuat sesuatu agar tragedi tukar kerajaan tanpa Pilihanraya Ini tidak akan terpahat di dalam sejarah politik di Malaysia.

Kerajaan Barisan Nasional hendaklah menyelesaikan segala tuntutan yang diminta oleh Sabah dan Sarawak bagi memastikan mereka terus setia dan selesa di bawah payung yang bernama Barisan Nasional yang diketuai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Penulis merasakan sekiranya kerajaan terus berdiam seribu bahasa dan hanya menjadi "Raket Tenis" dengan menafikan kenyataan yang berbaur ugutan Anwari itu.

Tawaran Royalti Minyak

Di kesempatan ini penulis ingin mempersoalkan ke manakah perginya kredibiliti Anwari yang ingin menentang Rasuah itu? Anwari menawarkan royalti minyak yang lebih tinggi kepada kerajaan negeri Sabah sekiranya Ahli Parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat bagi membolehkan sesiapa sahaja daripada Pakatan Rakyat menjadi Perdana Menteri Baru termasuklah saudara Anwari sendiri. Rasuah bermaksud "Memberi kepada seseorang hadiah atau sesuatu dengan harapan seseorang tu mendapat sesuatu". Jelas sekali tawaran Royalti minyak yang lebih tinggi ini adalah salah satu bentuk rasuah. Apa sudah jadi, orang yang ingin berjuang menentang rasuah sekarang ini menawarkan rasuah?

Persepsi Rakyat Sabah

Tindakan Anwari itu seolah-olah ingin menjatuhkan rakyat Sabah kerana sekiranya Ahli Parlimen BN yang menerima tawaran Anwari itu kerana tawaran Royalti tersebut akan menunjukkan yang rakyat Sabah mudah dibeli, penulis yakin rakyat Sabah tidak sanggup 'dicop' sebagai orang yang mudah dibeli dan memperlihatkan mereka seolah barang dagangan.

Implikasi kepada Rakyat Malaysia

Tindakan Anwari juga bakal menyebabkan sistem demokrasi di negara ini sudah tidak akan dipercayai oleh rakyat kerana hari ini Anwari menawarkan Royalti yang lebih tinggi kepada Sabah dan sekiranya misinya berjaya maka dia akan berjaya membentuk kerajaan, berkemungkinan besar taktik yang sama digunakan oleh Anwari akan digunakan oleh orang lain untuk membentuk kerajaan baru kembali di dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Jadi secara automatisnya Kerajaan Malaysia akan sentiasa bertukar tangan di dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Mungkin tindakan Anwari ini akan memberi peluang kepada beliau untuk menjadi Perdana Menteri jawatan yang sudah lama beliau idamkan setelah membenamkan Tun Ghafar Baba dahulu tetapi implikasinya sangat berbahaya kepada rakyat Marhaen. Fikir-fikirkanlah.

No comments: