Google
 

Saturday, April 19, 2008

Sang Kelembai mula 'mengamuk' kembali!


Beberapa hari yang lepas penulis ada menerbitkan artikel mengenai blogger Sang Kelembai yang berdamai dengan Pak Lah, Zaharin yang lebih popular dengan nama penanya Sang Kelembai merupakan Blogger pertama yang dibuang daripada UMNO. Beberapa hari yang lepas Sang Kelembai telah bersalam-salaman dengan Pak Lah dan juga mencium tangan Pak Lah.

Penulis juga banyak membuat penerokaan tentang isu Sang Kelembai bersalam dengan Pak Lah ini di blog-blog yang kini sudah mengambil alih peranan media arus perdana. Kebanyakkan daripada mereka mengatakan Sang Kelembai dibayar 1.5 juta untuk dibawa masuk ke dalam UMNO. Itulah dakwaan mereka bukan dakwaan penulis.

Apa yang menghairankan penulis ialah minggu lepas artikel Zaharin atau Sang Kelembai di blognya 'ala-ala pro Pak Lah' hari ini pula ala-ala Pro Pas. Adakah Sang Kelembai nak jadi Flip-Flop juga ke? Itu sang Kelembai sahaja yang ada jawapanya. Apa yang penulis ingin ketengahkan di sini blog-blog pro pembangkang yang menyatakan Sang Kelembai kembali kepada UMNO kerana RM 1.5 juta sudah tentu mula gelisah kerana 'tak kan bila dah ludah kita nak jilat balik kan"

Mengikut artikel terbaru yang diterbitkan di blog Sang Kelembai, pada pandangan penulis Sang Kelembai masih di luar UMNO bukan di dalam UMNO, tetapi Allah itu maha adil dan maha mengetahui jadi penulis tidaklah berupaya 'meramalkan' perkara yang berlaku seterusnya kerana kuasa Allah mengatasi segala-gala, Kita hanya mampu merancang Allah sahaja yang menentukan.

No comments: