Google
 

Thursday, April 10, 2008

Sang Kelembai 'berdamai' dengan Pak Lah?




Sang Kelembai merupakan seorang penulis blog yang tidak asing lagi kepada masyarakat Malaysia terutamanya pelayar-pelayar internet yang ingin mencari media-media alternatif dan penjelasan isu-isu semasa berkenaan kerajaan pimpinan DS Abdullah Ahmad Badawi. Penulis blog atau Blogger yang popular dengan nama sang kelembai ini antara mereka yang lantang mengkritik DS Abdullah Ahmad Badawi suatu ketika dahulu, malahan beliau merupakan blogger pertama yang dipecat keahlian UMNO.

Abd. Zarin Mohd yang lebih popular dengan nama pena blognya iaitu Sang Kelembai, sebelum ini telah mengambil peranan yang serius menentang kepimpinan DS Abdullah Ahmad Badawi, tetapi baru-baru ini para blogger tanah air telah dikejutkan oleh satu kejadian yang amat menakjubkan iaitu Sang Kelembai berdamai dengan Pak Lah. Macam mana ni? dulu kritik sekarang sokong. Walaupun tindakan beliau boleh dikatakan "Ludah dan kemudian jilat balik" namun mungkin beliau ada sebab-sebab beliau sendiri dan penulis hormati keputusanya.

Namun, walaupun penulis menghormati keputusan Sang Kelembai itu tidak bermakna penulis akan menghentikan penulisan-penulisan yang mengkritik DS Abdullah Ahmad Badawi dan juga Khairy Jamaluddin kerana penulis tetap dengan pendirian penulis "Apa yang salah tetap dikatakan salah, apa yang benar tetap dikatakan benar".

Semoga Sang Kelembai berbahagia dengan keputusan yang dibuat oleh beliau sendiri. Penulis amat berharap keputusan yang Sang Kelembai Buat itu berdasarkan kehendak sendiri dan bukanya kehendak orang lain.

No comments: