Penulis menggesa ahli UMNO seluruh negara supaya ‘bangkit’ dan menyokong usaha YBM Tengku Razaleigh Hamzah untuk ‘merawat’ UMNO. UMNO sememangnya berada di dalam keadaan darurat kerana ’sabotaj’ yang dilakukan oleh pemimpin tertinggi dan juga pemimpin muda yang naik dengan cepat dan mendadak.
Nama baik UMNO hendaklah dibersihkan daripada amalan-amalan kronisme, rasuah, nepotisme dan kaki projek yang semakin berleluasa di dalam UMNO sekarang. Adakah kita mahu UMNO yang menjadi ‘tulang belakang’ bagi orang Melayu selama ini berkubur tanpa nesan dek kerana terlalu ‘mengikut arahan’ pucuk pimpinan. Sedarkah kita “pemimpin yang adil pemimpin yang diikuti, pemimpin yang zalim pemimpin yang perlu kita ’sanggah’.
Dewasa ini, ramai juga golongan muda menyertai UMNO tetapi bukan berdasarkan ’semangat perjuangan sebenar’ mereka hanya menyertai UMNO untuk mendapatkan projek, pangkat dan kuasa. UMNO telah dirobek oleh ‘pejuang-pejuang palsu’ ini. Marilah bersama-sama dengan YBM Tengku Razaleigh Hamzah untuk membuat rawatan kepada UMNO yang sedang parah ini.
Penulis sependapat dengan penulis blog mso melayu yang YBM Tengku Razaleigh Hamzah merupakan tokoh yang benar-benar hebat dan diperlukan oleh ahli UMNO seluruh negara. YBM Tengku Razaleigh merupakan seorang yang tegas jadi ketegasan beliau menjadi harapan kita.
No comments:
Post a Comment