Google
 

Monday, April 7, 2008

UMNO masih perlu Khidmat Ku Li

Semalam Perdana Menteri “Flip-Flop” kita telah ‘menamakan’ Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pengganti beliau. Namun, pada saat dan ketika ini penulis merasakan DS Najib Tun Razak perlu ‘direhatkan’ terlebih dahulu daripada menjadi Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Malaysia.

Isu-isu yang masih melekat pada beliau dan pelbagai lagi dakwaan boleh menyebabkan ‘pihak luar’ yang ingin menangguk di air yang keruh akan mengeruhkan lagi UMNO dan juga UMNO bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan berkubur. Memang betul isu-isu yang melanda DS Najib Tun Razak hanya merupakan ‘isu rekaan’ namun sedikit sebanyak ia mampu menjejaskan kedudukan DS Najib Tun Razak.

Hubungan UMNO dengan istana yang dikatakan ‘renggang’ selepas dua peristiwa yang berlaku di Perlis dan Terengganu juga perlu diperbaiki. Orang yang betul-betul layak untuk ‘memperbaiki’ hubungan UMNO dengan Istana ialah YBM Tengku Razaleigh Hamzah kerana beliau ‘berdarah istana’.

Kedudukan Ekonomi Malaysia yang pincang ketika ini membuatkan YBM Ku Li orang yang betul-betul layak untuk memperbetulkan kedudukan ekonomi Malaysia memandangkan beliau mempunyai kepakaran di dalam bidang ekonomi.

Faktor intengriti pula YBM Tengku Razaleigh merupakan seorang yang mempunyai integriti yang tinggi dan sekaligus tiada isu-isu yang berbangkit yang melibatkan beliau. Selain itu, YBM Ku Li juga mempunyai pengalaman luas di dalam arena politik tanah air.

Pada masa ini penulis merasakan UMNO sememangnya benar-benar memerlukan khidmat YBM Ku Li untuk memulih dan merawat UMNO. ‘Rawatan’ ini wajar diberikan dengan sekadar segera agar UMNO tidak hilang ditelan zaman seperti kata pepatah “Tak lekang dek panas, Tak Lapuk dek hujan”.

Marilah bersama-sama kita merestui perjuangan ikhlas YBM Tengku Razaleigh Hamzah dengan menyokong beliau menjadi Presiden UMNO yang baru menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

No comments: