Google
 

Tuesday, April 8, 2008

Siapa Sebenar "Api Dalam Sekam" UMNO

Api dalam sekam itulah ungkapan yang popular semenjak akhir-akhir ini. Ungkapan tersebut menjadi popular semenjak pasca pilihanraya walaupun tak sepopular Mawi. Ungkapan yang selalu digunakan oleh bekas Menteri Penerangan Malaysia iaitu Datuk Zainuddin Maidin atau lebih dikenali denan Zam.

Semasa era ZAM menjadi Menteri Penerangan dulu beliau ada memperkenalkan segmen Api Dalam Sekam yang memaparkan 'kononnya' kisah kemiskinan yang berlaku di Kelantan, tetapi apa yang peliknya kisah orang yang sama itu diulang tayang dengan begitu kerap sekali seolah-olah seorang itu sahaja orang miskin yang ada di Kelantan. Akhirnya propaganda "Api Dalam Sekam" makan tuan apabila gagal menawan Kelantan di samping beliau sendiri kalah di Pilihan Raya Umum yang lalu.

Penulis tidak menceritakan panjang lebar tentang kisah ZAM itu biarlah dia terjun dengan api dan sekamnya itu. Hari ini kalau kita belek dalam akhbar arus perdana kita akan melihat ungkapan yang sama digunakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Malaysia.

Hebat sungguh kisah Api dalam sekam ini sehinggakan mendapat perhatian beberapa nama besar. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan Zam yang mengupamakan mantan Perdana Menteri sebagai Api dalam Sekam UMNO. Hebat juga ZAM ni ya sehinggakan mengumpamakan orang yang pernah berjasa kepada UMNO dan negara ini dengan "Api dalam sekam".

Hebat sungguh Zam bersandiwara, bagi penulis "Api dalam sekam" UMNO bukanlah Tun Dr. Mahathir. Api dalam sekam UMNO ialah Khairy Jamaluddin, Zainuddin Maidin, Menteri BPPA (Barisan Pembela Pembodek Abdullah), Abdullah Ahmad Badawi serta Patrick Badawi dan juga Kamaruddin.

Mereka inilah yang sebenar-benarnya "Api dalam sekam" yang berada di dalam UMNO. Merekalah yang telah memporak perandakan UMNO dan juga membuatkan ahli-ahli UMNO berpecah.

No comments: