Google
 

Wednesday, April 16, 2008

Ahmad Shabery Cheek Beri 'Amaran' Kepada Blogger!

Berita ini mungkin memberi sedikit kejutan pada para Blogger tanah air. Mulai hari ini Blogger mungkin perlu lebih berhati-hati di dalam menulis artikel di dalam blog mereka.

Blog pada Pilihan Raya Umum yang lepas telah memainkan peranan yang baik sebagai Media Alternatif kepada Media Arus Perdana. Keputusan Pilihan Raya Umum ke 12 baru-baru ini telah membuktikan betapa hebatnya media alternatif apabila Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Perak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Kelmarin Menteri Penerangan Malaysia yang baru Dato' Ahmad Shabery Cheek telah mengeluarkan amaran kepada penulis blog agar tidak sebebasnya menulis artikel di blog mereka dan juga jauhi unsur fitnah di dalam blog milik mereka kerana mereka tidak terkecuali dengan undang-undang.

Penulis ingin juga menyatakan sedikit petikan daripada amaran D Ahmad Shabery Cheek Tersebut " Orang anggap media alternatif ini boleh lakukan apa saja, ia tidak benar kerana baru-baru ini ada kes membabitkan penulis blog dikenakan tindakan undang-undang.

“Walaupun hak menulis apa saja ada pada semua, kita juga masih ada hak mempertahankan orang yang dimalukan dengan kata-kata yang tidak betul,”.

Pada pandangan penulis amaran D Ahmad Shabery Cheek ini betul juga tetapi janganlah pula salah gunakan undang-undang tersebut untuk menyekat kebebasan rakyat bersuara melalui media alternatif seperti blog.

Selagi mereka tidak membuat fitnah jangan sekali-kali menuduh mereka sebagai pembuat fitnah kerana mereka juga adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang sayangkan Malaysia, perlu diingatkan dikala mereka mengkritik bukan bermakna mereka menentang, di kala mereka berhujah bukan bermakna mereka ingin jatuhkan negara, di kala mereka kemukakan isu bukan bermakna untuk melemahkan kerajaan tetapi mereka hanya mempunyai niat yang satu menyumbang idea ke arah kelansungan Malaysia untuk mencapai visi dan wawasan 2020.

Sebagai pemimpin kita kena berani ditegur, kita juga perlu menerima teguran kerana sudah menjadi lumrah manusia yang selalu kesilapan kerana kita bukan maksum sepertimana Nabi Muhammad S.A.W. Anggaplah kritikan rakyat sebagai sokongan kepada pemimpin dan bukan sebagai 'penderhaka' kepada pemimpin. Sesungguhnya untuk menjadi pemimpin terbaik dunia seseorang itu mestilah tidak gentar untuk dikritik".

No comments: