Google
 

Sunday, April 6, 2008

Masalah / Isu Pentadbiran DS Abdullah Ahmad Badawi

Beberapa isu yang dilihat merupakan kelemahan secara terang-terangan petadbiran pimpinan DS Abdullah Hj. Ahmad Badawi.

Ekonomi:
Pengembangan ekonomi yang didakwa oleh kerajaan tidak dirasai oleh rakyat bawah.
Ramai peniaga tidak berpuas hati denagn dakwaan kerajaan bahawa ekonomi negara sangat baik.

Kesilapan Tindakan Abdullah Sebelum Pilihan Raya:

Pentadbiran Abdullah membentangkan statistik dan angka mengenai ekonomi negara bagi menutup rungutan-rungutan ini. Abdullah menafikan realiti perasaan rakyat. Perdebatan, perbahasan dan pertelingkahan tamat setakat menuduh rakyat tidak cukup intelektual untuk memahami kesan ekonomi global.

Akibatnya, rakyat melihat Abdullah sebagai bongkak dan tidak prihatin.

Tindakan Abdullah Untuk Memperbaiki Selepas Pilihan Raya:
Abdullah mengulangi kesilapannya dan terus menafikan kelemahan serta menuduh rakyat sebagai tidak cukup intelektual untuk tidak memahami kesan ekonomi global.

Khairy Jamaluddin:
Rakyat berpendapat BN hanya dikuasai oleh Khairy dan Abdullah.

Kesilapan Tindakan Abdullah Sebelum Pilihan Raya:
Pencalonan Khairy Jamaluddin sebagai ahli Parlimen Rembau turut menimbulkan kemarahan semua kaum. Usaha Perdana Menteri mencalonkan menantunya dilihat sebagai satu lagi usaha pengukuhan dasar-dasar yang merugikan rakyat. Abdullah menafikan pengaruh Khairy dan terus membela Khairy dan keluarganya.

Akibatnya, rakyat melihat Abdullah sebagai tidak peka dan mempunyai agenda tersembunyi.

Tindakan Abdullah Untuk Memperbaiki Selepas Pilihan Raya:

Abdullah tidak melantik Khairy di dalam kabinet tetapi ini tidak cukup bagi rakyat kerana pengaruh Khairy masih terdapat dari kuncu-kuncunya yang dilantik ke jawatan yang strategik untuk melindungi kroni Abdullah. Lagipun pengaruh Khairy masih wujud di rumah Abdullah sendiri.

Tun Dr. Mahathir
Pertelingkahan pentadbiran Abdullah dengan Tun Mahathir Mohamad turut memberi kesan kepada para pengundi.

Rakyat rata-ratanya mempunyai pandangan yang sama dengna Dr. Mahathir terhadap kerajaan Barisan Nasional dan berterima kasih kepada Dr. Mahathir yang telah berusaha meluahkan pandangan ini bagi pihak mereka memandangkan luahan rakyat mengenai Abdullah di laman web, blog dan kedai kopi telah tidak diendahkan malah diperkecilkan Abdullah.

Tindakan akhbar-akhbar yang rapat dengan Abdullah dan beberapa menteri menyerang Tun Mahathir mewujudkan kemarahan rakyat dari semua kaum dan golongan terhadap Abdullah.

Kesilapan Tindakan Abdullah Sebelum Pilihan Raya:
Abdullah tidak menangani mahupun menjawab isu yang dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir sebaliknya bertindak mengutuk Tun Dr. Mahathir.

Tidak cukup dengan itu, Abdullah memperkecilkan jasa Tun Dr Mahathir dan cuba mencari kesalahan beliau.

Akibatnya, rakyat melihat Abdullah sebagai seorang yang tidak mengenang jasa, kurang ajar serta penuh dengan hasad dengki.

Tindakan Abdullah Untuk Memperbaiki Selepas Pilihan Raya:
Sehingga kini Abdullah masih lagi tidak menangani atau menjawab isu yang dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir.

Abdullah mengulangi kesilapannya memburukkan Tun Dr. Mahathir melalui Zam, Nazri, Shabery, Zaid dll ahli kabinet dapurnya.

Usaha untuk mencari salah Tun Dr. Mahathir juga diteruskan sehingga mengabaikan tugas untuk memperbaiki kelemahan sendiri.

ISLAM HADHARI:

Promosi keterlaluan Islam Hadhari dilihat sebagai ancaman oleh kaum lain.
Orang Islam (termasuk para petugas promosi Islam Hadhari sendiri) tidak setuju dengan Hadhari kerana konsep Hadhari itu sememangnya telah wujud dalam Islam dan tidak perlu diberi nama baru seolah-olah ia baru diajar oleh Nabi baru bernama Abdulah Badawi.

Kesilapan Tindakan Abdullah Sebelum Pilihan Raya:
Abdullah meneruskan promosi Islam Hadhari walau telah ditegur oleh rakyat melalui blog dan laman web.

Abdullah memperkatakan ttg Islam Hadhari di dalam majlis yang tidak ada kena mengena dari peringkat antarabangsa sehinggalah ke kempen pilihanraya di tempat majority bukan Islam.

Akibatnya, rakyat melihat Abdullah sebagai cuba mencari publisiti murah serta takbur.

Tindakan Abdullah Untuk Memperbaiki Selepas Pilihan Raya:
Abdullah mengulangi kesilapan dengan meneruskan niatnya untuk memperomosi Hadhari sebagai Islam dalam konsep baru yang diperkenalkan olehnya.

Dasar Pro Singapura
Dasar inilah yang dikritik hebat oleh rakyat yang juga merupakan kebimbangan utama Tun Dr. Mahathir terhadap pentadbiran Abdullah.

- Mengakui Tambak Johor sebagai hak bersama Malaysia-Singapura tanpa kira sempadan, tanpa mendapat keputusan Mahkamah Antarabangsa.

- Membatalkan pembinaan jambatan bengkok kerana ugutan Singapura

- Masih gagal menyelesaikan isu harga air mentah ke Singapura

Kesilapan Tindakan Abdullah Sebelum Pilihan Raya:
Abdullah menangani isu ini seolah-olah ia masalah peribadi antara dia dengan Tun Dr. Mahathir dan bukannya masalah nasional dan pentadbiran.

Abdullah mengutuk dan memburukkan Tun Dr. Mahathir sebagai caranya membela diri.

Rakyat marahkan Abdullah kerana tidak menangani isu ini, tidak menjawab soalan Tun Dr. Mahathir dan juga kerana memburukkan Tun Dr. Mahathir.
Akibatnya, rakyat melihat Abdullah sebagai seorang pengkhianat Negara yang penuh dengan dendam kesumat terhadap Tun Dr. Mahathir.

Tindakan Abdullah Untuk Memperbaiki Selepas Pilihan Raya:
Abdullah mengulangi kesilapannya dan masih menganggap isu ini sebagai masalah peribadi dengan Tun Dr. Mahathir dan meneruskan usaha memburukkan Tun Dr. Mahathir atas isu-isu lain setiap kali mendengar rakyat menyuarakan isu-isu ini.

ISU KORUPSI DAN KRONISME YANG MELAMPAU
Kes ECM Libra, Pantai Holdings, MV Agusta, Scomi dan Myteam menyebabkan Negara kerugian tetapi menguntungkan keluarga serta kroni Abdullah.


Kesilapan Tindakan Abdullah Sebelum Pilihan Raya:
Abdullah menafikan di TV tetapi kemudian terbukti telah berbohong kepada rakyat apabila butir-butir mengenai ECM Libra, Pantai, MV Agusta dan Scomi dibentangkan oleh laman web dan bloggers malah ada yang terlepas di akhbar perdana juga.

Akibatnya, rakyat melihat Abdullah sekeluarga sebagai tamak.
Rakyat hilang terus kepercayaan dan rasa hormat terhadap Abdullah dan seluruh kabinetnya. Rakyat mula membenci Abdullah sekeluarga.

Tindakan Abdullah Untuk Memperbaiki Selepas Pilihan Raya:

Abdullah meneruskan kesilapannya dan masih menafikan dan mempertahankan pembohongannya dalam semua isu ini.

KELEMAHAN ABDULLAH SEBAGAI PEMIMPIN:
- Isu Hindraf
- Isu ketuk ketampi bogel dalam lokap.
- Pertelingkahan antara menteri
- OIC

Kesilapan Tindakan Abdullah Sebelum Pilihan Raya:
Abdullah sering mengelak menjawab isu-isu ini sendiri dan menyuruh Menteri-menteri menjawab bagi pihaknya.

Abdullah mengakui tidak tahu dan tidak terlibat dalam banyak isu yang membabitkan kementeriannya.

Abdullah tidak pernah menangani isu dengan segera dan bijak.


Dalam banyak perkara dia langsung tidak cuba menyelesaikannya.


Akibatnya, rakyat melihat Abdullah sebagai seorang yang lemah dan tidak intelektual.



Tindakan Abdullah Untuk Memperbaiki Selepas Pilihan Raya:


Mengulangi kesilapannya dengan tidak menangani semua isu dengan segera dan bijak.

Ini terbukti dengan kegagalannya mengambil tindakan segera untuk menangani isu kekalahanan BN di 5 negeri serta isu perlantikan MB Perlis dan Terengganu.


Perlu diingatkan pada 1999, Tun Dr. Mahathir terus memanggil mesyuarat membincangkan masalah kemerosotan undi BN selepas sahaja pilihanraya berakhir. Tindakan segera diambil dan penubuhan Puteri UMNO adalah hasil dari perbincangan tersebut.



MEMECAH BELAHKAN UMNO
- Bermain kotor untuk menghalang Tun Dr. M menjadi wakil Kbg Pasu.

- Tidak mengambil sebarang tindakan ke atas penyokong-penyokongnya seperti Datuk Kamarulzaman (TV3) dan Datuk Kalimullah (NSTP) menggunakan media mereka untuk menghentam pemimpin UMNO yang dilihat boleh memberi cabaran kepada Khairy Jamaluddin.

- Hanya menurunkan peruntukan dan projek kepada kontraktor kelas F setelah menghadapi kritikan keras Tun Dr. Mahathir dan khuatir akan berlaku kritikan keras dalam perhimpunan agung UMNO.

- Rasuah terangan-terangan dengan mengumumkan peruntukan RM 3 juta setiap bahagian sehingga menjejaskan imej UMNO.

- Membiarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang tidak dipilih secara demokrasi dalam UMNO memporak- perandakan UMNO Perlis menjelang pilihan raya umum 2008


Kesilapan Tindakan Abdullah Sebelum Pilihan Raya:
Abdullah memekakkan telinga dan berpura-pura tidak tahu bahawa rakyat telah tahu segala-gala permainan kotornya.

Akibatnya, rakyat melihat Abdullah sebagai pengamal korupsi yang paling hina

Tindakan Abdullah Untuk Memperbaiki Selepas Pilihan Raya:

Abdullah menambahkan lagi kesilapannya dengan memberi tempat kepada mereka-mereka yang ditolak oleh rakyat, samada yang kalah atau kurang majority ke dalam UMNO dan kerajaan.

Abdullah juga telah mengambil kembali mereka yang terbukti korup ke dalam kabinetnya.

SIKAP TERHADAP MEDIA ALTERNATIF
Abdullah memandang ringan atau sepi suara rakyat melalui internet.

Kesilapan Tindakan Abdullah Sebelum Pilihan Raya:
Abdullah memusuhi bloggers dan webmasters. Menghina dan memperkecilkan mereka tanpa menyedari merekalah rakyat yang akan mengundi.

Teguran bloggers, forumners dan webmasters ditongsampahkan dengan sombong sekali.

Akibatnya, rakyat melihat Abdullah sebagai bodoh sombong yang tidak boleh diajar lagi.


Tindakan Abdullah Untuk Memperbaiki Selepas Pilihan Raya:


Mat Taib dengan dangkalnya menyatakan bahawa BN telah kalah kerana bermain dalam gelanggang yang tidak adil di alam maya. Padahal BN punya peluang yang sama untuk menggunakan media alternatif kerana ia bebas tanpa perlu melalui apa-apa protocol untuk sesiapa terutama kerajaan UMNO menggunakannya.
[Sumber MYKMU.NET]

No comments: