Baru-baru ini kita mendegar isu bahawa Ahli Parlimen BN di sabah akan melompat Parti. Namun masalah itu di dakwa telah berjaya di selesaikan oleh DS Abdullah Ahmad Badawi. Namun, penulis merasa 'bimbang' apabila Blog MSO Melayu mendakwa Ahli Parlimen BN dari sabah akan melompat parti sepertimana diperkatakan di Blog tersebut.
Penulis mengetengahkan isu ini bukan bermaksud merasa tidak percaya dengan Ahli Parlimen BN Sabah, tetapi penulis perlu mengambil langkah lebih awal untuk memohon jasa baik Ahli Parlimen BN Sabah supaya tidak melompat parti atau menyokong usul undi tidak percaya kepada DS Abdullah Ahmad Badawi.
Penulis faham mungkin mereka tidak berpuas hati kepada Kepimpinan UMNO sekarang tetapi jangan gunakan tiket sebagai Ahli Parlimen untuk 'menggugat' kedudukan Perdana Menteri sekarang kerana adalah lebih baik ia di tentukan di dalam Pemilihan UMNO yang bakal berlangsung kelak dan mengemukakan usul tidak percaya pada pemilihan tersebut memandangkan sekiranya Ahli Parlimen menyokong 'usul tidak percaya di Parlimen besar kemungkinan Pembangkang akan mengambil alih pemerintahan negara.
Sekali lagi penulis merayu kepada Ahli Parlimen BN supaya terus kekal bersama BN dan tidak menyokong Undi tidak percaya yang akan dikemukakan oleh Pembangkang di Parlimen kerana sudah tentunya pembangkang mempunyai niat yang tidak baik untuk menjatuhkan Kerajaan BN yang memenangi majoriti mudah baru-baru ini.
Soal Kepimpinan negara hendaklah diserahkan kepada akar umbi Ahli UMNO untuk membuat keputusan dan janganlah membuat keputusan terburu-buru dengan menyokong usul yang akan dibawa oleh Pembangkang untuk membolehkan ABIM atau Anwar Bin Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia. Percayalah kami akan memastikan kepimpinan baru akan mengambil alih teraju UMNO dan menjadi Perdana Menteri yang baru dan pastinya bukan Anwar Ibrahim.

No comments:
Post a Comment