Google
 

Monday, April 14, 2008

Apa Nasib Khairy Jamaluddin sekiranya Pak Lah tidak jadi PM?

Siapa yang tak kenal dengan Naib Ketua Pemuda UMNO
yang boleh dinobatkan sebagai orang paling banyak kontroversi di Malaysia. Beliau bukan sahaja Naib Ketua Pemuda UMNO malah sekarang telahpun menjadi Ahli Parlimen Rembau merangkap menantu Perdana Menteri sekarang ini DS Abdullah Ahmad Badawi.

Kontroversi-kontroversi yang berlaku terhadapnya semasa sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke 12 yang lalu. Antara kontroversi-kontroversi yang 'berjaya' dicatat di dalam 'buku harian kehidupan' KJ ialah isu di mana beliau melabelkan Blogger sebagai Beruk, isu melibatkan ECM LIBRA, dan juga isu berkenaan dengan 'tingkat 4' lebih berkuasa.

Kontorversi-kontroversi yang telah dilakukan oleh beliau membawa kepada kehilangan empat empayar BN iaitu Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor di samping gagal menawan Kelantan.

Baru-baru ini diura-urakan yang Perdana Menteri sekarang merangkap Bapa Mertua KJ akan meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan tersebut kepada DS Najib Tun Razak apabila 'saatnya' tiba.

Adakah KJ senang dengan kenyataan Bapa Mertuanya itu? Apa akan jadi terhadapnya jika DS Najib Tun Razak betu-betul 'di nobatkan' sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru. Adakah jawatan-jawatan KJ akan tergugat? itulah persoalan yang bermain di fikiran penulis.

KJ juga yang bercita-cita ingin menjadi PM apabila umurnya mencecah 40 tahun berkemungkinan besar akan tergugat dan juga cita-citanya akan dikuburkan tanpa nisan. Terdengar juga khabar SMS dari rakan penulis yang mengatakan KJ telah membuat pertemuan dengan DS Anwar Ibrahim untuk menyertai PKR, tetapi entahlah belum dapat dipastikan kesahihanya. Penulis rasa jawapan yang paling sesuai diberikan "Hanya Allah sahaja yang tahu" dan juga itu adalah "Allah punya kuasa" jadi apa-apa pun kita tunggu dan lihat sahajalah adakan perkara ini benar dan adakah perkara ini palsu.

P/S: Bahagia juga Kalau KJ meninggalkan UMNO tak ada lagi lah orang yang menjadi liabiliti kepada UMNO yang berada di dalam UMNO, mungkin PKR pula terpaksa menanggung liabiliti ini.

No comments: