Google
 

Saturday, April 5, 2008

UMNO perlukan RAHMAT bukan RAHMAN

Pada 8 Mac yang lalu kita telah dikejutkan oleh ‘kejutan yang tidak dijangka’ yang menyaksikan Tumbangnya Kerajaan Barisan Nasional di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak di samping gagal menawan Kelantan. Ternyata keputusan pilihan raya kali ini memeranjatkan semua pihak dan setiap pihak menerima dengan persepsi dan reaksi yang berbeza. Tsunami politik telah membuatkan empayar-empayar BN jatuh tersungkur di negeri-negeri tersebut.

Melihat kepada kejatuhan 4 buah empayar BN penulis merasakan Teori RAHMAN tidak dapat digunakan lagi kerana kejatuhan 4 Empayar ini bukan sedikit malah boleh menyebabkan ‘orang yang telah mati’ kalau hidup ketika ini mesti diserang sakit jantung. Pada pandangan penulis UMNO memang perlukan RAHMAT untuk menjadikan parti itu terus keramat.

Penulis merasakan kejatuhan empayar BN ini adalah disebabkan Kepimpinan yang lemah atau dengan kata lain Kepimpinan yang dipimpin bukan yang memimpin. Presiden UMNO ketika ini dilihat kurang berkesan dan teramatlah lemah. Di saat-saat begini masih ada yang masih mahu menggunakan Teori RAHMAN sedangkan UMNO perlukan RAHMAT.

YBM Tengku Razaleigh Hamzah pada kaca mata penulis merupakan calon terbaik untuk menggantikan YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Beliau merupakan Putera Raja Berjiwa rakyat dan dekat di hati rakyat. Banyak juga jasa YBM Tengku Razaleigh Hamzah di dalam UMNO ini walaupun pernah Mengetuai Parti Melayu Semangat 46 namun atas usaha beliau jugalah Melayu disatukan semula di bawah payung UMNO.

Tidak keterlaluan kalau penulis katakan YBM Tengku Razaleigh Hamzah ini merupakan Perwaris Perjuangan Yang Belum Selesai, sesuai dengan kedudukan YBM yang sudah beberapa generasi berada di dalam UMNO. Niat Ku Li untuk menjadikan UMNO parti berimej bersih juga wajar dipuji bagi memberikan semangat baru pada negarawan yang berada di dalam UMNO.

Khidmat Ku Li juga diperlukan bagi membersihkan UMNO daripada anasir-anasir yang tidak sihat dan perjuangan yang tidak ikhlas. Perjuangan kerana Projek atau tender Kerajaan adalah Perjuangan yang tidak ikhlas. Ahli UMNO seluruh negara diingatkan memperbetulkan “Nawaitu” mereka menyertai UMNO agar mereka betul-betul faham dengan konsep sebenar perjuangan UMNO iaitu konsep “Alif, Ba, Ta” Alif yang bermaksud Agama Islam, Ba yang bermaksud Bangsa Melayu dan Ta yang bermaksud Tanah Air iaitu Malaysia.

Bilakah lagi kita mahu simpan negarawan bangsa tanpa memanfaatkanya, latar belakang tengku yang mempunyai Kepakaran Ekonomi merupakan pilihan terbaik ahli UMNO seluruh negara untuk memilih YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Presiden baru UMNO akan membawa kepada kemenangan besar Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum yang bakal mendatang. Terpulang kepada Ahli UMNO seluruh negara jika mereka tidak dayus, tepuk dada tanya selera.

No comments: