Google
 

Saturday, April 5, 2008

Memperkasakan Perjuangan "Alif, Ba, Ta" dalam UMNO

Semalam Ketua UMNO Bahagian Gua Musang YBM Tengku Razaleigh Hamzah telah memperkatakan Perjuangan “Alif, Ba, Ta” sudah tidak diberi keutamaan lagi oleh Pucuk Pimpinan Parti dan sebab itulah sokongan kepada UMNO semakin berkurangan. Mari kita kaji apa itu perjuangan “Alif, Ba, Ta” yang terkandung dalam perjuangan asal UMNO.

Alif

Alif disini mewakili Agama. Mengikut Perlembagaan Malaysia Melayu ialah mereka yang beragama Islam, jadi ia bermakna agama yang dimaksudkan di sini ialah Islam. Perjuangan memartabatkan Islam juga semakin dilupakan oleh UMNO. Konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Pak Lah bukan melambangkan Islam sebenar.

Ba

Ba yang bermaksud Bangsa, Bangsa disini mewakili bangsa Melayu. Kalau kita lihat tujuan asal UMNO adalah untuk menyatukan bangsa Melayu. Jelas sekali pada Zaman Pak Lah Melayu berpecah belah.

Ta

Ta di sini mewakili kepada Tanah Air. Tanah air bermaksud Malaysia. Sepatunya Pak Lah memberi penekanan dalam urusan yang melibatkan Tanah Air tetapi jelas Pak Lah telah meminggirkanya ini terbukti dengan kenaikkan harga barangan dan minyak.

Oleh itu, bagi mengembalikan perjuangan Alif, Ba, Ta di dalam UMNO Penulis merayu agar semua Ahli UMNO seluruh negara memberi peluang kepada YBM Tengku Razaleigh Hamzah untuk menerajui UMNO

No comments: