Google
 

Wednesday, April 9, 2008

Al- Fatihah: Pembantu Khas Ku Li Kembali ke Rahmatullah

PEMBATU Khas (PA) kepada Tengku Razaleigh Hamzah, Hajjah Fabilah Ibrahim, 56 tahun kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 5:30 petang tadi di hospital HUKM, di Cheras akibat sakit barah payu dara dan bara paru-paru.

Allahyarhamah dikatakan mula diserang barah berkenaan beberapa bulan lalui dan keadaan semakin kritik sejak akhir-akhir ini.

Allahyarhamah merupakan seorang kakitangan di pejabat Tengku yang berdidikasi dan sering kali merendahkan diri ketika melayani tetatmu di pejabat Tengku Razaleigh.

Fabilah bekerja dengan Tengku Razaleigh sejak 30 tahun lalu bermula ketika pejabat bekas Menteri Kewangan itu di wisama MICS

Beliau juga merupakan salah seorang kakitangan MICS.

Menurut Nasarudin Rais yang kini masih berada di hospital menanti urusan penghantaran jenazah Allahyarhamah berkata jenazah Fabilah akan dibawa ke kampung halamannya di Muar, Johor dan akan dikebumikan esok.

Menurut Nasaruddin, Tengku Razaleigh berama Ton Puan Noor turut menziarahi jenazah Allahyaraham.

Sementara itu menurut Nasauddin beliau mendapat tahu, beberapa minit sebelum Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir, Allahyrahamah sempat mengirimkan SMS kepada isteri Menteri Penerangan, Shabery Cheek yang merupakan kawan baik Allahyraham.

SMS itu menurut Nasaruddin, Allahyrahamah memberi tahu yang beliau dalam keadan lemah dan bertambah sakit.

"Kira-kira empat minit selepas menerima SMS berkenaan, isteri Shabery menerima perkhabaran ducita Allahyarhamah telah kembali ke Rahmatullah," cerita Nasaruddin.

Sabhery bersama isteri ketika ini masih berada di hospital untuk menanti urusan penghantaran jenazah ke Muar. Al Fatihah!

sumber: http://www.msomelayu.blogspot.com/

No comments: