Google
 

Monday, April 28, 2008

Ahli UMNO Peringkat Marhaen diminta memberi sokongan kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah

Ahli UMNO peringkat Marhaen memang mempunyai kuasa terbesar di dalam UMNO, kuasa mereka memilih siapa yang layak untuk menerajui jawatan nombor satu di dalam UMNO iaitu Presiden malahan ke semua jawatan-jawatan yang ada di dalam UMNO boleh ditentukan oleh ahli UMNO peringkat marhaen di seluruh negara.

Calon yang benar-benar layak untuk menjadi Presiden UMNO dan memberikan rawatan istimewa kepada UMNO bagi memulihkan sokongan rakyat terhadap UMNO ialah YBM Tengku Razaleigh Hamzah, beliau lah calon yang paling sesuai untuk mengembalikan kepercayaan rakyat Marhaen kepada UMNO dan juga memulihkan hubungan UMNO dengan Istana setelah hubungan dengan Istana telah dinodai oleh Presiden UMNO sekarang ini iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Peranan Ahli Peringkat Marhaen

Sebagai Ahli UMNO peringkat Marhaen janganlah terpengaruh dengan tawaran sesiapa yang menjanjikan wang sekiranya anda menyokong mereka kerana wang ringgit, harta benda hanyalah untuk kegunaan duniawi tidak dapat kita membawanya bersama ke dalam Alam Barzakh kerana apa yang kita bawa ke sana adalah amalan bukanya harta berjuta-juta, kawan sekadar untuk berfoya-foya. Janganlah menerima wang yang haram kerana sesungguhnya azab neraka amatlah pedih. Percayalah Allah s.w.t Tuhan Seteru Sekalian Alam adalah Maha Besar dan Maha Mengetuai jadi sekiranya anda fikir kami sebagai insan biasa yang sekadar pacar yang hina ini tidak mengetahui perbuatan anda ketahuilah yang Allah Tuhan seteru sekalian alam akan mengetahuinya.

Ingatlah kita sebagai umat Islam walaupun kita melakukan keburukkan walaupun sebesar zarah ia tetap akan di adili dan walaupun kita melakukan kebaikkan sebesar zarah tentunya Allah akan memberi balasan yang baik kepada anda semua kerana patuh dengan "Amal Makruf dan Nahi Mungkar"

Jadi untuk memastikan UMNO terus diterima ramai marilah kita sebagai ahli peringkat Marhaen memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah seorang Putera Raja berjiwa rakyat untuk berkhidmat kepada kita dan juga rakyat jelata yang mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada UMNO, jika anda semua sayangkan UMNO pilihlah Tengku Razaleigh kerana beliau lah tokoh yang benar-benar layak untuk menerajui UMNO pada ketika ini.

No comments: